Menu
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 IsuMenurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan "untuk memberikan penubuhan, pengawalan, dan pentadbiran Universiti dan Kolej Universiti dan apa-apa jua perihal yang bersangkutan dengannya", tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tatatertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ia tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.
Menu
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 IsuBerkaitan
Akta Akta Parlimen di United Kingdom Akta Dadah Berbahaya 1952 Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Akta Hasutan 1948 Akta Hak Asasi Manusia 1998 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Akta Perhimpunan Aman 2012 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Rujukan
WikiPedia: Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputaktap/2... http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputaktap/2... http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publ... http://www.mohe.gov.my/sub1.php?navcode=NAV007&sub... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-220... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-260... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-090... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-170... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-180...